Kursus ini bertujuan melahirkan individu yang celik kewangan serta berupaya membuat keputusan kewangan yang bijak melalui pengurusan pendapatan, perbelanjaan, pinjaman dan hutang secara berkesan bagi menjamin kesejahteraan kewangan jangka panjang
Pada akhir topik ini, peserta akan dapat :
1. Mengenal pasti dan mengurus pelbagai sumber pendapatan termasuk pendapatan aktif dan pasif bagi memastikan kestabilan kewangan jangka panjang.
2. Membezakan antara keperluan dan kehendak dalam perbelanjaan serta mengamalkan pengurusan perbelanjaan yang berhemah untuk meningkatkan simpanan dan mengelakkan hutang.
3. Membina dan menyesuaikan bajet peribadi berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan sebagai panduan mencapai matlamat kewangan.
4. Mengenal pasti jenis pinjaman dan menilai kemampuan kewangan sebelum membuat pinjaman bagi mengelakkan beban hutang.
5. Memahami tanggungjawab penjamin serta risiko yang terlibat dalam proses peminjaman dan kepentingan meneliti dokumen pinjaman.
6. Mengenal pasti dan melindungi diri daripada jenayah kewangan serta memahami kesan undang-undang akibat penglibatan dalam aktiviti pinjaman haram.
7. Mengurus hutang dengan bijak termasuk hutang kad kredit, kereta, dan rumah serta mengambil langkah awal bagi mengelakkan keberhutangan serius atau kebankrapan.
8. Mengenali peranan agensi seperti MARA dan AKPK dalam membantu individu mengurus hutang, menstruktur semula pembayaran, dan memulihkan kestabilan kewangan peribadi.